Terpaksa asingkan diri dari kelua Tengku Zafrul terima surat rindu dari anak
Menerusi perkongsian di Instagram Menteri Kewangan Negara, YBM Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) memandangkan menjadi salah seorang kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.
Oleh sebab itu, beliau perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuklah ahli keluarga walaupun ujian saringan menunjukkan dirinya negatif wabak tersebut.
Terima surat dari anak
I love you papa
Dalam posting tersebut, Tengku Zafrul menyatakan bahawa anak perempuannya bernama Zahira merinduinya kerana tidak boleh berada berhampiran bapa tersayang walaupun di dalam rumah yang sama.
Isi surat itu Zahira memberitahu Tengku Zafrul yang dia sangat menyayangi dan merindui bapanya. Dia juga sempat melukis gambar hati dengan menulis ‘I love you papa’ di dalam hati tersebut.
Mesti Zahira rindu sangat papa dia
InsyaaAllah tiada apa2 yang memudaratkan
Semoga dilindungi Dato’
Tengku Zafrul telah menjalani HSO sejak beberapa hari yang lepas dan hanya bekerja di rumah tanpa berinteraksi secara bersemuka dengan orang luar dan juga ahli keluarga.
Beliau dijangka mengakhiri tempoh kuarantin kendiri ini sekitar 19 Januari 2021.
Sc:IG.Tengku Zafrul




