Burung Nuri Selamatkan Lelaki Ini Dari Maut, Kejutkan Tuannya Kerana Rumah Terbakar
“Saya mendengar ledakan dan Eric, burung nuri saya, dia mula berteriak sehingga saya bangun dan ketika itulah saya ada terbau asap,” katanya kepada ABC.
“Saya merangkul Eric lalu membuka pintu dan melihat ke belakang rumah, terlihat api sudah mula marak, saya terus berlari menyelamatkan diri dan turun ke bawah” ujar beliau.
Pada saat pasukan bomba tiba sekitar pukul 01:00 waktu tempatan (14:00 GMT Selasa), rumah itu terbakar. Seramai empat kru telah menghalang kebakaran yang berhampiran dengan Kangaroo Point itu dari terus merebak. Mereka mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk meredakan kebakaran tersebut.
Menurut Nguyen yang tinggal bersendirian, beliau berjaya menyelematkan diri bersama sebuah bag dan seekor burung nuri peliharaannya. Beliau juga dikhabarkan tidak mempunyai sebarang kecederaan akibat dari insiden tersebut.
Baca Juga : Cerita Khabib Nurmagomedov bersama sang ayah Perjuangkan Islam dalam Didikan sang Ayah

