‘Madu Kasih’ Dengan Ipar Sendiri, Suami Sanggup Buang Bayi Hasil Hubungan Haram
Sedangkan pasir di pantai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi sesebuah hubungan apabila salah seorang partner mula ‘main kayu tiga’.
Suami 24 tahun seronok ‘bermadu kasih’ di belakang isteri dengan adik ipar sendiri..
Memetik laporan Tribunnews, seorang wanita dari Indonesia ini tidak ketinggalan berhadapan dengan insiden sedemikian rupa. Bayangkan selepas bertahun-tahun susah senang bersama, si isteri akhirnya dikejutkan dengan khabar meruntun jiwa mengenai ‘belang’ si suami. Disangka bahagia, rupa-rupanya lelaki berusia 24 tahun itu mengkhianati kepercayaannya apabila kantoi bermadu kasih dengan adik kandungnya sendiri.
Suami & adik ipar 17 tahun tergamak buang bayi hasil hubungan terlarang..
Malangnya, tembelang tersebut terbongkar dan menyebabkan mereka akhirnya ditahan pihak polis di kediaman masing-masing. Ia susulan daripada tindakan ‘kotor’ lelaki terbabit dan remaja perempuan berusia 17 tahun itu membuang bayi hasil hubungan terlarang bersama.
Bayi lelaki ditemukan oleh penduduk & si pelaku akhirnya ditahan pihak polis
Si kecil berjantina lelaki yang seberat 2.8 kilogram itu, bagaimanapun ditemui dalam keadaan berbalut oleh penduduk sekitar kawasan berkenaan. Difahamkan, mereka yang kebetulan melalui kawasan tersebut terdengar tangisan bayi malang itu sewaktu mahu mencari rumput.
Baca Juga : Mengenal Rebo Wekasan Sejarah, Tradisi dan Doa yang Biasa Diamalkan



