Ditudvh Tiipu Dpt Tawaran Biasiswa NASA, Lelaki Ini Mula Bersuara.

Tular di media sosial tentang kekeliruan yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia tentang kelayakan seorang pemuda berusia 20 tahun ini mendapat biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).

Terkini, di laman Twitternya, dia menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada dirinya. Dalam status itu, dia menyatakan bahawa dirinya telah di ti1pu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berhubung dengan isu keaslian biasiswa daripada NASA, katanya, dia menjadi salah seorang peserta pertandingan yang dikategori di bawah pimpinan NASA. Setelah dua minggu, dia menerima email yang mengatakan bahawa dia terpilih sebagai 1% skor terbaik. Tidak ketinggalan, dia menceritakan berita gembira ini kepada rakannya.
Dua perkara yang berlaku, ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya dan ada beberapa pihak yang memeriksa kesahihan sijil tersebut. Terima kasih semua. Email yang diperoleh hanya berbentuk lampiran dan pautan (link).

Pautan tersebut diberikan ke sebuah portal di mana saya dapat memilih foto untuk pengenalan diri. Jadi, dari situ ia menunjukkan jelas bahawa saya merupakan m4ngsa pen1ipuan.
Dalam masa yang sama, saya juga mendapat satu email yang tidak jelas daripada NASA. Satu lagi petunjuk peni1puan. Saya juga telah menulis surat kepada NASA di laman web rasminya baru-baru ini dan mengemukakan perkara ini untuk mendapat hak saya.

Kesempatan ini juga, saya juga ingin memohon kepada orang ramai agar berhenti membuat kenyataan palsu bagi pihak saya.
Saya masih seorang pelajar dan ingin mencapai kerjaya saya. Saya mendapat tawaran daripada sebuah institusi daripada luar negara dan permintaan saya untuk orang Malaysia agar tidak menjejaskan masa depan dengan ketidakpastian ini.

Saya berasa sangat sedih kerana orng seperti saya ini dibawa ke kancah pen1ipuan seperti ini. Ia berpontensi untuk kehilangan wang dan harga diri mereka. Untuk semua, jangan takut dan perlu diam diri.

Ia boleh menyebabkan seseorang itu kemvrungan dan kemungkinan untuk membnuh diri kerana kita dapat lihat m4ngsa seprti ini sudah banyak dalam kalangan remaja. Saya ingin mengucapakn terima kasih kepada keluarga saya yang memberi semangat dan membimbing saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sangat menyokong ketika saya berada dalam kesusahan dan orang-orang yang mengucap tahniah kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada individu yang menunjukkan kekurangan dan rasa sedar terhadap diri saya.
Saya seorang Astrophile, saya suka alam semesta dan semua yang terlibat dengannya. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana menyokong saya. Semoga yang terbaik ada untuk anda.

Baru-baru ini, tular apabila seorang anak muda Malaysia yang berumur 20 tahun telah menerima tawaran daripada The National Aeronautics and Space Administration (NASA).
Azhar Ali dilaporkan telah berjaya melayakkan diri dalam kalangan satu peratus skor terbaik dalam cabaran mencipta sut angkasa lepas untuk ke planet Marikh.

Berita ini mendapat liputan luas media, sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beberapa hari selepas berita ini tular, timbul berita kurang enak apabila Azhar Ali dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan yang kurang enak untuk didengari.
Selepas kenyataan ini tular, timbul lagi satu berita kurang enak apabila ada beberapa netizen yang mendedahkan bahawa sebenarnya tawaran biasiswa yang diterima beliau daripada NASA adalah palsu dan tidak benar.

Menurut Khairi (@khairizulfadhli), emel dan poster yang dimuat naik oleh Azhar Ali adalah p4lsu dan logo yang digunakan sebenarnya adalah hasil crop daripada laman web NASA sendiri.
Malah, ada yang mendedahkan bahawa syarat sebenar untuk memasuki pertandingan tersebut adalah peserta mestilah seorang warganegara Amerika Syarikat.
Melihatkan isu yang tular ini, perkataan NASA menjadi tular di laman Twitter dan beberapa pihak muncul menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka dengan ‘meletakkan’ wajah mereka di laman web NASA.



Pada pendapat admin, beliau masih muda lagi, banyak yang masih boleh dipelajari. Semoga Azhar Ali dapat menjadi saintis yang berjaya pada suatu hari nanti!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!