Balu mangsa COVID-19 perlukan bantuan
JOHOR BAHRU: Ramadan yang bakal tiba minggu depan, tidak lagi seceria dulu bagi ibu tunggal, Noradilah Rani, 33, dan enam anaknya di Kampung Bakar Batu, di sini.
Sebelum ini, walaupun hidup dalam keadaan serba sederhana, suaminya sentiasa ada di sisi untuk menyediakan segala keperluan.
Bagaimanapun, pada 17 Mac lalu, suaminya, Mohammad Yusof Haron, 34, meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 dan dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bharu.
Jenazah Mohammad Yusof, mangsa kes 178 pandemik wabak itu selamat dikebumikan di perkuburan Jalan Surau kampung berkenaan.
Arwah disahkan positif pada 13 Mac dan punca jangkitan, dikatakan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Hanya tangisan enam anak yang masih kecil iaitu Muhammad Danish Sulaiman,11, Nurul Huda, 10, Nurul Aisyah Sakinah, 7, Muhammad Usman, 5 , Nurul Najwa Humairah, 3, dan Muhammmad Luqman, 8, bulan, mengiringi pemergian ayah dikasihi.
Noradilah berkata, sejak suami meninggal dunia, apa yang mampu dilakukan ialah menghadiahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah dan berdoa diberikan ketabahan pada diri bagi membesarkan enam anaknya.
Beliau yang juga seorang surirumah, berkata apabila arwah disahkan positif wabak berkenaan dirinya sedih dan putus harapan.
“Ketika di hospital arwah sering menghubungi keluarga melalui panggilan video dan kali terakhir sebelum dipindahkan ke wad rawatan rapi beliau memaklum dirinya sihat dan penyakitnya itu boleh sembuh serta meminta ahli keluarga sentiasa mendoakannya.
“Ketika dimaklumkan arwah meninggal dunia fikiran saya kosong dan bagaikan patah sayap kerana kehilangan orang tersayang serta tempat bergantung,” katanya ketika dihubungi.
Noradilah berkata, lebih memilukan, empat anak turut disahkan positif wabak itu dan menerima rawatan serta kuarantin pada tarikh sama arwah dimasukkan ke hospital hingga 29 Mac di Hospital Permai.
Noradilah bersyukur kerana sewaktu menerima rawatan di hospital ditempatkan di wad yang sama bersama empat anak dan selepas 16 hari dirawat, disahkan negatif pendemik berkenaan.
Beliau berkata, selepas kehilangan suami mereka sekeluarga berhadapan masalah kehidupan kerana arwah tiada pendapatan tetap dan hanya melakukan kerja kimpalan besi di bengkel sendiri secara kecil-kecilan.
“Fikiran saya buntu kerana tidak bekerja dan wang simpanan yang sedikit juga semakin habis digunakan bagi membeli keperluan harian.
“Anak kelima dan bongsu juga sering bertanyakan, bila ayah mereka akan pulang ke rumah kerana sangat rindu dan masih tidak memahami erti kematian.
“Kami sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibu sejak berkahwin dan sepanjang tinggal bersama, keperluan hariannya juga kami tunaikan sebagai tanggungjawab seorang anak.
“Saya bercadang untuk belajar membuat kek dan roti supaya dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah bagi menyara pendidikan anak dan keperluan harian.”
“Walau apa pun terjadi, saya tidak berpisah dengan anak dan berazam memberi pendidikan sempurna kepada mereka, termasuk melaksanakan hasrat arwah untuk menghantar mereka belajar di madrasah sebagai hafiz dan hafizah serta menjadi insan berguna,” katanya.